Sunday, February 21, 2010

~Minangkabau~


Morning guys...

Tetiba lak updte blog pg2ni..Sedang2 surf internet tetiba rase cm nk search ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU.Fyi..MakSu berketurunan MINANG + BUGIS.Sebelah ayah Melayu Tulen,ibu lak Minang dgn Bugis.Tp,skrg yg reti ckp Minang ni cuma sedara2 ibu yg ddk kt Bangi.Klu diorang smuani berckp MakSu blh fhm skt2la..tp klu nk ikut sgt2 lems.

Di sini MakSu ade 'paste' kan sedikit info tentang perkahwinan adat Minangkabau.Mungkin ade skt2 yg u all xfhm sbb bercampur dgn Bahasa Minang..MakSu pun xbrp fhm sgt..hehe..tp menarik!

Bagi masyarakat Minangkabau, ketentuan antara adat dan agama Islam membawa makna yang tersendiri kerana baik ketentuan adat maupun ketentuan agama keduanya tidak boleh diabaikan, khususnya dalam pelaksanaan perkahwinan. Kedua aturan itu harus dilaksanakan dengan cara serasi, seiring dan sejalan. Pelanggaran salah satu ketentuan adat maupun ketentuan agama Islam boleh mengakibatkan sesalan sepanjang hayat dan bahkan berkelanjutan pada keturunan. Hukuman yang dijatuhkan masyarakat adat dan agama, sangatlah berat. Hukuman itu sangat ketara dilihat dalam bentuk pengasingan atau terbuang dari pergaulan masyarakat Minang. Oleh kerana itu dalam perkahwinan, orang Minang selalu berusaha memenuhi semua syarat perkahwinan yang lazim dijalankan di Minangkabau.

Syarat-syarat perkahwinan adat Minangkabau mengariskan:-

1. Kedua calon mempelai mesti beragama Islam.
2. Kedua calon mempelai tidak sedarah atau tidak berasal dari suku yang sama, kecuali pesukuan itu berasal dari nagari atau luhak yang lain.

3. Kedua calon mempelai dapat saling menghormati dan menghargai orang tua dan keluarga kedua belah pihak.
4. Calon suami (marapulai) harus sudah mempunyai sumber penghasilan untuk dapat menjamin kehidupan keluarganya.


Perkahwinan yang dilakukan tanpa memenuhi semua syarat di atas dapat di anggap perkahwinan sumbang atau perkahwinan yang tidak memenuhi syarat menurut adat Minang. Selain dari itu, masih ada susunatur dan upacara adat dan ketentuan agama Islam yang harus dipenuhi seperti majlis jopuik manjopuik, pinang maminang, batuka tando, akad nikah, baralek gadang, jalang menjalang dan sebagainya. Upacara adat perkahwinan ini tak mungkin di remehkan kerana semua orang Minang menganggap bahwa perkahwinan itu sesuatu yang agung, yang diyakini hanya sekali seumur hidup.

Pada 7.2.09 yang lalu saya telah berkesempatan menghadiri majlis manjampuik marapulai di Batu Sangkar, Tanah Datar, SUMBAR. Sedia maklum dengan adat perpatih yang diamalkan diranah minang ini, apabila berkahwin ; pengantin lelaki akan dijemput dengan penuh hormat oleh rombongan pengantin perempuan kerumah gadang pihak perempuan dan mulai dari saat itu juga pihak lelaki akan meninggalkan lingkungan kerabatnya untuk menjadi urang sumando dalam lingkungan kekerabatan isterinya.....


Apa yang menarik perhatian saya ialah suasana perpisahan oleh si anak lelaki ini dari rumah ayah-bondanya diiringi oleh kata-kata perpisahan yang meruntun jiwa pendengar yang ada disekeliling acara majlis tersebut dapat diselami dengan indahnya melalui bait-bait pantun seperti dibawah:

Barambun sadah jo kapeh
Pandan bakabek anyo lai
Ampunkan denai ayah jo mandeh
Badan barangkek anyo lai


Ampun baribu kali ampun

Ampunkan denai sanak sudaro

Badan barangkek anyo lai

Sijarek tolong ladangkan

Di ladang dicabuik urang

Dari ketek mandeh gadangkan

Lah gadang dijapuik urang

Ampun baribu kali ampun

Ampunkan denai sanak sudaro
Lah gadang dijapuik urang

Setelah acara perpisahan ini, rombongan penjemput dari pengantin perempuan dan rombongan pengantin lelaki beserta pengiringnya berangkat menuju kerumah pengantin perempuan. Sesampainya rombongan ini di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut secara meriah dengan tarian galombang diiringi gendang tabuah dan bunyi-bunyian. Selanjutnya apabila sampai dimuka/tangga rumah ditabur pula dengan beras kunyit dan dipersilakan naik kerumah. Apabila para tetamu semuanya telah duduk dan santai maka wakil tuan rumah akan memulai majlis dengan menjemput semua hadirin menikmati hidangan yang disediakan. Selesai menjamu selera maka acara selanjutnya iyalah majlis penitipan marapulai oleh rombongan pengantar yang disampaikan oleh ketua rombongan kepada mamak rumah anak daro. Acara penitipan ini merupakan majlis persembahan pembuka kata dan amanah jua nasihat antara kedua-kedua keluarga terhadap marapulai yang kini telah menjadi sebahagian dari keluarga sianak daro. Nasihat yang diberikan sangatlah panjang berjela-jela cuma yang dapat saya nukilkan di sini adalah sebahagian daripadanya (bahasa asalnya dalam dialek minang telah saya ubah kebahasa melayu untuk memudahkan para pembaca)

(Ucapan ini disampaikan oleh wakil Mamak Rumah anak daro) :

.....Kedatangan sudah dibawa duduk
sudah disuguhi sirih dicerana
tandanya sudah selesai minum dan makan
Pihak di diri marapulai

sudah duduk di atas rumah
di lingkungan ninik dengan mamak

dihadapan ibu dengan bapak

serta ipar dan besan

Kalau tumbuh di tengah rumah

akan menjadi biji adat yang baik

akan menjadi tongkat penghias jalan
menjadi keris pemagar adat
dalam adat beradat pula.
Kalau baik retak tangannya
Panjang dibawa untuk memotong
Singkat dibawa menyambung
Kalau salah minta ditegur
Kalau baik perangainya

tolong dibawa sehilir sehulu
Kalau ke bukit sama mendaki

ke lurah sama menurun

Tertelungkup sama makan tanah

Tertelentang sama minum air
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Sama-sama sakit sama-sama senang
Sehina semalu
Dengan ninik mamak serta orang semenda yang disini.

(Ucapan oleh wakil rombongan pengantar/marapulai) :

Sepanjang pemberian Mamak Datuk
Pembicaraan yang sudah kami dengarkan
Rupa yang sudah kami lihat

Tentang diri marapulai

sudah bagus ditimpa baik

besi baik diringgiti

sudah terletak didalam adat

sudah duduk di pusaka
anak satu sudah menjadi dua

tempat berunding bermufakat

sudah diterima dengan baik
Bagi kami sebagai pihak tamu yang datang
Karena permintaan sudah dikabulkan

Keinginan sudah diberikan

Alhamdulillah sebagai jawaban, Mamak Datuk

Kami minta diri sekalian

(Mulai berdiri untuk berangkat pulang)


Begitulah indahnya ungkapan-ungkapan yang disampaikan di dalam majlis penitipan marapulai ini dan begitu indah juga adat diranah minang yang "INDAK AKAN LAKANG DEK PANEH NAN TAKKAN LAPUAK DEK UJAN" atau dlm bahasa Melayu kita.."TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS"

Note : Terima kasih kpd saudara Marisma di atas info di atas.

Ada juga pepatah Melayu bercakap "BIAR MATI ANAK JGN MATI ADAT". Ramai yg tersalah fhm dgn pepatah ini dan ramai jgk yg berpegang teguh dgn pepatah ini.Bagi MakSu,pepatah ini blh digunakan pabila si anak telah melakukan perkara yg tdk sepatutnya dr segi Agama.Contohnya :

  • Pabila si anak telah melakukan kejahatan spt mencuri,berzina dan perkara2 yg sewaktu dgnnya.Hendaklah si ayah ataupun ibu mengikut adat yg telah ditetapkan.Dlm erti kata lain,si ayah dan ibu perlu menghukum si anak dgn hukuman yg sepatutnya.Mmg betul,ayah ibu mana yg xsygkan anak.Tetapi dlm hal spt ini hukuman haruslah diteruskan.Si ayah dan ibu perlulah menghantar si anak ke pihak yg bertanggungjawab utk diperbetulkan kesalahannya itu.Bila perkara sebegini terjadi inilah yg dipanggil "BIAR MATI ANAK JGN MATI ADAT".
Mmg menarik klu kita btl2 dpt mengamati pepatah2 Melayu lama.Byk cerita disebaliknya.Begitu juga dgn adat2 Melayu.MakSu ada 1 impian yg dh lama MakSu simpan.MakSu berharap bila perkahwinan MakSu nnti dpt dibuat mengikut adat Minangkabau.. :) Insya'Allah klu berkesempatan..

Ciao..

xoxo









No comments:

Post a Comment